πππ πΌπ½πΌπ πππππΌπππΌπ πΏπΌπππΌπ πππΌπ
Pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menjalankan lawatan siasatan ke projek-projek yang terlibat dalam permohonan Projek Pembangunan Industri Asas Tani (IAT). Lawatan ini bertujuan untuk menilai kesesuaian lokasi, potensi projek serta keupayaan pemohon dalam melaksanakan aktiviti berasaskan pertanian yang dicadangkan.
Penilaian yang dibuat merangkumi aspek infrastruktur, kemudahan asas, sumber bahan mentah, kemahiran pengusaha, serta impak ekonomi kepada komuniti setempat. Hasil lawatan ini akan dijadikan asas pertimbangan dalam proses kelulusan dan pelaksanaan projek pembangunan IAT bagi tahun 2026 di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Usahawan : Anisah binti Abdul Latiff
Lokasi : Taman Sri Temenggong
Produk : Pemprosesan Roti
Pegawai Terlibat :
Pn Noorshella binti Mustafa
Ketua Bahagian Pembangunan Daerah Muar
Pn Suriyani binti Halif
Pegawai Penyiasat
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pn Mimi Shazreen binti Mat Roh
APIAT Daerah Muar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
@top fans



