18 Disember 2023 (Isnin)
Jabatan Pertanian Negeri Johor bertanggungjawab untuk memastikan setiap petani di Johor khususnya dapat dipersijilkan myGAP atau myOrganic dalam memastikan sumber makanan negara adalah dijamin selamat untuk dimakan.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar
Majlis yang julung kali ini telah dihadiri oleh 230 orang para usahawan tani dan para Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi tujuan memberi pengiktirafan kepada Usahawan-usahawan Tani Negeri Johor yang telah berjaya dipersijilkan ladang-ladang mereka dengan pensijilan myGAP atau myOrganic pada tahun 2022 serta memberi penghargaan kepada warga Jabatan Pertanian Negeri Johor di atas kerjasama menjayakan pencapaian Persijilan APB Tahun 2022.
Sejak Pensijilan APB ini diperkenalkan di Negara Malaysia pada Tahun 2002 sehingga 2022, sebanyak 1,555 ladang di Negeri Johor telah berjaya dipersijilkan APB dengan melibatkan keluasan ladang sebanyak 13,108 hektar.
Pencapaian tertinggi adalah pada tahun 2022 iaitu sebanyak 383 pensijilan baharu dengan pecahan sebanyak 369 pensijilan myGAP manakala Pensijilan myOrganik sebanyak 14 ladang.
Tema yang telah dipilih untuk majlis ini adalah โMelakar Magis Serakan Aspirasiโ. Memberi gambaran perjalanan Jabatan Pertanian Negeri Johor akan terus maju, terus hebat, terus cemerlang dan menjadi aspirasi kepada negara Malaysia dalam pengukuhan pensijilan myGAP dan myOrganik ini. Sekaligus menjadi penyumbang utama terhadap pengeluaran makanan yang selamat dan berkualiti di Malaysia.




























