30 November 2023
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengadakan Program Promosi Buah-buahan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Johor.
Program ini bertujuan mempromosikan buah-buahan yang terdapat di negeri Johor. Beberapa Pejabat Pertanian Daerah telah terlibat bagi mempromosikan buah-buahan seperti berikut :
1. Pejabat Pertanian Daerah Kulai – Buah Nangka & Cempedak
2. Pejabat Pertanian Daerah Mersing – Buah Tembikai
3. Pejabat Pertanian Daerah Segamat – Buah Durian, Jambu Batu & Jambu Air
4. Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat – Buah Kelapa Pandan Muda
5. Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi – Buah Rambutan & Pulasan
6. Bahagian Industri Asas Tani Ibu Pejabat – Durian Crepe & Aiskrim
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.





















