22 Julai 2023 | YAB Menteri Besar Johor Melawat Pameran Jabatan Pertanian Negeri Johor

Selepas merasmikan Program Karnival Agro Johor Tahun 2023 Daerah Muar, YAB Menteri Besar Johor meluangkan masa melawat pameran yang disediakan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Bertepatan dengan slogan ” Teknologi Inovatif, Pencapaian Produktif ” Jabatan Pertanian Negeri Johor mempamerkan teknologi pertanian seperti jentera-jentera yang digunakan dalam industri penanaman sawah padi, sistem robotik dalam industri tanaman, kaedah pertanian moden dan hasil produk industri asas tani keluaran daerah Muar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *