Kursus Agen Pengembangan Tanaman (APT) – Kursus Pengurusan Perosak Bersepadu Tanaman Padi
Tarikh : 25 Jun 2023 (Ahad)
Tempat : Pejabat Pertanian Sawah Ring, Tangkak
Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan :
1. Memberi pengenalan kepada pengurusan perosak bersepadu tanaman padi
2. Memberi kefahaman berkaitan perosak tanaman padi, sahabat ladang dan kawalan biologi menggunakan tanaman
3. Memberi pendedahan kaedah alat perangkap siput gondang emas
Penceramah :
1. Encik Mahathir bin Omar
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
2. Encik Irwan bin Idris
Penolong Pegawai Pertanian
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Urusetia :
1. Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor
2. Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
