Taman Mekar, 4 Ogos 2026 (Selasa) – Satu lawatan pemeriksaan usahawantani telah dilaksanakan di Taman Mekar melibatkan Syarikat Kah Kah Smart Enterprise, sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan khidmat sokongan teknikal kepada pengusaha sektor pertanian.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada aktiviti penanaman yang diusahakan, melibatkan tanaman pisang berangan, pisang boyan dan betik.

Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Ayer Hitam, bagi menilai perkembangan tanaman serta mendapatkan gambaran semasa berkaitan pengurusan dan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh usahawantani.

Turut terlibat dalam lawatan ini ialah Pn. Farahnaz binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pertanian G6, serta En. Amirul A. Rashid bin Abdullah, APT Mukim Kg. Bahru/Sungai Punggur.

Lawatan dan pemantauan secara berterusan seperti ini penting bagi memastikan pengusaha mendapat bimbingan teknikal dan sokongan yang bersesuaian, di samping membantu mengenal pasti keperluan serta cabaran yang dihadapi di lapangan.

Melalui pendekatan turun padang dan kerjasama erat antara pegawai pertanian dengan usahawantani, usaha memperkukuh sektor pertanian dapat terus diperkasakan, sekali gus menyokong pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, produktif dan berdaya saing.

Turun ke lapangan, memahami keperluan usahawan, memperkasa pertanian.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BVBX E-Wallet bvbx Slot malaysia bvbx casino online bvbx malaysia casino bvbx free credit bvbx Online casino malaysia