𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐.𝟎 – 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 “𝐎𝐍𝐄 𝐎𝐅𝐅” 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓
.
.
13 Disember 2025
Dewan Serbaguna Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi
.
.
Seramai 174 orang petani menerima Bantuan Tunai “One Off” Kasih Johor 2.0 dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Telor.
.
.
Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh YB Haji Manndzri Hj Nasib , Ahli Parlimen Tenggara. Turut hadir sama ialah Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi Mohd Hafizh Hussain sebagai wakil rasmi Jabatan Pertanian.
.
.
Program Kasih Johor 2.0 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi membantu serta menghargai para petani yang menjadi tunjang utama sektor pertanian dan keterjaminan makanan negeri.
.
.
Kasih Johor – Prihatin, Peduli dan Sejahtera.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Zahari Sarip























![]()
