๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada ๐ฒ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ (๐๐ต๐ฎ๐บ๐ถ๐) bertempat di ๐๐ฎ๐น๐น๐ฟ๐ผ๐ผ๐บ ๐ญ & ๐ฎ, ๐๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฎ, ๐๐ผ๐๐ฒ๐น ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ด๐ผ๐ป, ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ต๐ฟ๐. Majlis ini telah disempurnakan oleh ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐ญ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.
Program tahunan ini merupakan platform penting bagi mengiktiraf hasil kreativiti dan inovasi pegawai serta kakitangan Jabatan Pertanian dalam melaksanakan tugasan harian, terutamanya yang memberi kesan langsung kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian negeri Johor.
Dalam konteks pertanian, inovasi memainkan peranan penting bagi meningkatkan daya saing industri, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual serta mengoptimumkan penggunaan sumber. Objektif utama sambutan ini adalah untuk menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan pegawai pertanian, selain menggalakkan idea baharu yang boleh diaplikasikan oleh petani untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.
Selain majlis penyampaian anugerah, turut diadakan pameran inovasi yang mempamerkan pelbagai hasil ciptaan dan penambahbaikan peralatan serta teknologi pertanian. Pameran ini memberi peluang kepada peserta dan pengunjung untuk berkongsi idea serta mempelajari aplikasi inovasi yang boleh digunakan di lapangan pertanian.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai turut berbangga kerana berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij hasil penyertaan aktif dalam pertandingan inovasi pada tahun ini, antaranya:
๐๐น๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฒ๐๐ถ๐ธ ๐๐ผ๐ฝ๐ถ ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐ โ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐บ๐ฎ๐
Inovasi ini direka bagi memudahkan dan mempercepatkan proses memetik buah jambu tanpa menjejaskan kualiti buah. Alat ini mampu menjimatkan masa dan tenaga petani, selain meningkatkan kecekapan kerja di kebun.
๐ฆ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฆ๐ถ๐ด๐ฎ๐ถ โ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐บ๐ฎ๐
Sebuah tangga pintar yang ringan, mudah dipasang dan selamat digunakan semasa aktiviti pemangkasan pokok, khususnya pokok durian. Reka bentuk ergonomik ini menjadikan kerja di ladang lebih efisien dan mengurangkan risiko kemalangan.
๐๐ญ ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ โ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ
Alat ini membantu mempercepatkan aktiviti penyemaian benih tanaman dengan lebih teratur dan konsisten. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan pengurusan semaian di peringkat awal tanaman.
๐ฆ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฆ๐ต๐ผ๐๐ฒ๐น ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ด๐๐ป๐ฎ โ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ
Satu alat dengan dua fungsi utama yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti pertanian seperti menggali dan mencangkul. Inovasi ini meningkatkan kecekapan kerja di ladang dan mengurangkan keperluan membawa banyak peralatan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐๐ท. ๐ ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฑ ๐ฆ๐ฎ๐น๐น๐ฒ๐ต, Ketua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pejabat Pertanian Daerah Kulai, atas kejayaan beliau menerajui kumpulan KIK sehingga berjaya meraih ๐ป๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ท๐ผ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ถ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ. Lebih membanggakan, pada majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 ini, Kumpulan KIK Pejabat Pertanian Daerah Kulai sekali lagi menerima ๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ต๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ถ๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat serta komitmen tinggi dalam menghasilkan inovasi yang kreatif dan praktikal.
Harapan kami warga jabatan adalah agar setiap inovasi yang dihasilkan bukan sekadar menjadi projek pertandingan, tetapi terus digunakan oleh petani dan pengusaha pertanian di lapangan. Melalui semangat inovasi berterusan, sektor pertanian Johor diyakini mampu terus berkembang seiring dengan arus teknologi moden.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





















![]()
