Tarikh : 25-26 Januari 2023 (Rabu-Khamis)
Lokasi Teori : Bilik Kuliah Pusat Pertanian Ayer Hitam
Lokasi Amali : Tapak Tanaman Sayuran, Pusat Pertanian Ayer Hitam
Objektif kursus ini bertujuan :
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai tentang konsep pembangunan pertanian bandar.
2. Meningkatkan pemahaman tentang rekabentuk kebun bandar (komuniti).
Pertanian Bandar diklasifikasikan kepada dua jenis utama :
1. Tujuan komersil iaitu dijalankan pada skala besar dan membentuk ladang bandar dan ladang pinggir bandar
2. Bukan komersil (skala kecil) yang dilakukan secara kecil-kecilan untuk kegunaan isi rumah.
Rawat/Pulih/Suburkan Tanah dengan teknik 3R. Apakah teknik 3R?
1. Rejuvenate
2. Recycled
3. Reused & Raised Bed (RB)
Kelebihan Rawat Tanah Guna Teknik 3R :
1. Kos effektif
2. Mesra Alam
3. Mengekalkan Kandungan Air
4. Suhu Tanah Stabil
5. Penyelenggaraan Minimum
Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang Agen Pengembangan Tanaman (APT) dari seluruh Pejabat Pertanian Daerah di Negeri Johor, kakitangan Pusat Pertanian Ayer Hitam dan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Penceramah Kursus dari Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia :
1. Puan Hajah Juliana binti Haji Megat
Timbalan Pengarah
2. Ts. Muhamad Adli Salihin bin Samsudin
Ketua Penolong Pengarah
3. Puan Norhaina binti Abd Ghani
Penolong Pengarah
4. Puan Azlini Zuraida binti Endut
Penolong Pengarah
Urusetia :
1. Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor
2. Pusat Pertanian Ayer Hitam
