Tarikh : 3 November 2022
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam









Telah berlangsung Majlis Amanat Pengarah Pertanian Negeri Johor serta Sambutan Maulidur Rasul SAW 1444H di Pusat Pertanian Ayer Hitam. Amanat telah diberikan oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor.
Selepas penyampaian amanat, majlis diteruskan dengan bacaan selawat yang diketuai oleh Kumpulan Selawat PPAH. Kemudian diteruskan lagi dengan Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dhiauddin bin Salimin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan tajuk Akhlak Rasulullah Cerminan Penjawat Awam.
Semoga amanat dan ceramah yang disampaikan memberikan panduan serta manfaat kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor.





