Tarikh : 6 Disember 2022
Masa : 9 pagi
Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi

Pada hari ini Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi telah menerima satu Lawatan Kerja daripada Pengarah Pertanian Negeri Johor iaitu Ybhg. Tuan Haji Yosri bin Mohd ke daerah Kota Tinggi.

Lawatan ini disambut mesra oleh En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi serta seluruh Kakitangan Pejabat Pertanian seterusnya diberikan Taklimat Ringkas berkaitan Pembangunan Pertanian didalam daerah Kota Tinggi.

Pengarah Pertanian Negeri juga sempat beramah mesra dan berkenalan dengan seluruh kakitangan disamping turut menyampaikan beberapa amanat dan nasihat bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian terhadap golongan sasar.

Selepas selesai taklimat ringkas tersebut, program diteruskan dengan melawat Projek Tanaman Akuatik milik syarikat Raymond Aquatic Enterprise yang terletak di Taman Medan Jaya, Kota Tinggi. Pengarah Pertanian Negeri turut di berikan taklimat ringkas berkaitan pengeksportan tanaman Akuatik ini sehingga ke pasaran dunia.

Lawatan kedua ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ulu Tiram yang berkeluasan 32.8 hektar dimana antara kawasan pengeluaran sayuran yang terbesar didalam daerah Kota Tinggi. Tuan Haji Yosri Mohd turut dibawa melihat kawasan penanaman, pusat pengumpulan dan penggunaan Teknologi Pertanian Pintar yang digunakan oleh pihak peserta.

Lawatan ketiga adalah ke Pusat Agropelancongan daerah Kota Tinggi, Desaru Fruit Farm yang terletak di Bandar Penawar. Pengarah Pertanian turut merasai sendiri buahan buahan tempatan yang dikawasan tersebut selain disajikan dengan makanan β€œSignature” Sambal Belangkas.

Lawatan terakhir Pengarah Pertanian Negeri Johor dibawa ke Outlet / Kiosk produk myGap milik syarikat E Office Plantation Sdn Bhd yang terletak di Bandar Penawar.

Jutaan Ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Pertanian Negeri Johor diatas kesudian beliau mengadakan Lawatan Kerja di daerah Kota Tinggi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *