Tarikh : 17 Disember 2022
Masa : 10 pagi
Tempat : Program Maju Johor Peringkat Daerah Kluang
Sempena Program Maju Johor Daerah Kluang, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diwakili oleh Pejabat Pertanian Daerah Kluang telah mengadakan Bual Bicara Insentif Pertanian bagi kategori Belia & OKU kepada penduduk setempat.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan dorongan kepada para Belia dan Orang Kurang Upaya untuk menceburi bidang pertanian. Puan Azlina Bt Md Dom, Pegawai Pertanian Daerah Kluang menjadi moderator kepada 2 orang panel iaitu :
1) Encik Amirul Nabil Bin Jamaludin
Kategori : Orang Kurang Upaya ( Cacat Pengelihatan )
Projek : Perusahaan Madu Kelulut
2) Encik muhammad Amir Shafiq Bin Kamaruddin
Kategori : Belia
Projek : Tanaman Sayuran Buah seluas 50 Ekar
Jabatan Pertanian mengucapkan jutaan terima kasih kepada para panel dan hadirin yang hadir dalam bual bicara ini. Semoga program ini memberi manfaat dan dorongan kepada hadirin untuk mencebur bidang pertanian.












