15 Febuari 2022 – Selasa

Pusat Pertanian Ayer HItam

Yang Berhormat Datuk Hj Samsolbari Bin Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Mekanisasi Ladang & Insentif Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Johor bertempat di Dewan Besar Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor.

YB Datuk telah menyampaikan replika kunci bagi penerima mekanisasi ladang dan replika cek bagi penerima insentif industri asas tani. Sebanyak 6 kelompok sawah menerima pelbagai jenis mekanisasi sawah, 24 orang petani menerima jentera kecil dan 10 daerah penerima insentif industri asas tani.

Turut mengiringi penyampaian ini adalah Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Wakil Pegawai Kewangan Negeri Johor dan Wakil LAKSANA Kementerian Kewangan Malaysia.

Kerajaan sentiasa komited dalam membantu usaha para petani dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan mengurangkan beban yang ditanggung petani. Semoga dengan bantuan dan insentif ini dapat menaikkan semangat petani dalam mengeluarkan hasil pertanian.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *