Tn. Hj Alang Mad Daud bin Dawan mengiringi YB Datok Samsolbari Jamali , Pengerusi JK Pertanian, IAT & Kemajuan Luar Bandar melawat projek tanaman yg dilaksanakan didalam Green House oleh Syarikat Ji Sheng Agroteck sdn bhd, Macap.
Teknologi Green House yang dibawa dari Taiwan ini amat sesuai untuk tanaman yang mempunyai harga pasaran yang tinggi seperti rock melon. Turut serta didalam program ini ialah En. Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Pn. Azlina, Pegawai Pertanian Daerah Kluang.







