21 Mac 2021 | Ahad

Pada pagi ini Pusat Pertanian Pt Botak, Batu Pahat menerima lawatan kerja daripada Yang Berhormat Datuk Hj Samsolbari bin Hj Jamali, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.

Lawatan ini juga disertai oleh En. Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor serta pegawai-pegawai pertanian yang lain.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah YB Datuk berhasrat untuk meninjau kemajuan industri tanaman kopi dan kelapa dalam negeri johor. Taklimat tentang penghasilan benih tanaman kopi dan kelapa telah diberikan oleh Pegawai Pertanian yang bertugas disini.

YB Datuk sempat memberikan buah fikiran dan menyampaikan hasrat beliau supaya industri tanaman kopi dan kelapa ini lebih berkembang di negeri Johor pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *