PONTIAN, 19 Mei – Satu siri lawatan dan pemeriksaan telah diadakan di Angkasa Sejati Holding Sdn. Bhd. bertempat di Ulu Pulai, Jeram Batu, Pontian telah diadakan. Pemeriksaan ini diadakan bagi permohonan Pensijilan myOrganic Jabatan Pertanian Malaysia. Antara Pegawai yang hadir ialah Tuan Haji Za’bar bin Abd Rahman, Mohd Naim bin Mokhtar dari Unit Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah. Pemeriksaan turut dihadiri oleh Encik Yaacob bin Mohtar dan Puan Fauziah binti Baseran.




