BATU PAHAT, 22 Mei – Hampir 200 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa telah mengikuti dengan jayanya Kursus Ternakan Lebah Kelulut anjuran bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pusat Khidmat ADUN Semerah dan Agrocity Resources. Kursus telah dijalankan di No. 48 Jalan Baru, Simpang 5, Batu Pahat. Kursus yang dijalankan ini adalah diberikan secara percuma. Kursus telah disampaikan oleh Encik Zakbah bin Mian, Penolong Pegawai Pertanian dari Pusat Komoditi Parit Botak. Peserta telah diberikan penerangan mengenai teknologi dalam ternakan lebah kelulut dan teknik yang betul bagi mendapatkan madu kelulut yang berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *