PARIT RAJA, 16 Jun – Seramai 25 kakitangan dan pegawai Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah mengadakan gotong-royong membuat bubuk lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Aktiviti ini telah diadakan di Kompleks Pertanian Parit Raja. Turut hadir bersama Encik Rosdin bin Kimin, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat.





