DURIMAS dianugerah Projek Harapan Terbaik

DURIMAS dianugerah Projek Harapan Terbaik

DURIMAS dianugerah Projek Harapan Terbaik

PUTRAJAYA, 5 September – Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Pertanian Ayer Hitam juga dikenali dengan nama kumpulan Durimas telah dianugerahkan Projek Terbaik (Harapan) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah diadakan bermula pada 5 hingga 8 September bertempat di Dewan Serbaguna kementerian.

Kumpulan Durimas telah diketuai oleh Encik Surif bin Lani telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan trofi. Majlis penyampaian telah diadakan pada 8 September dan telah disempurnakan oleh Puan Habsah binti Ali, wakil rasmi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares