JOHOR BAHRU, 4 September – Seramai 20 usahawan Industri Asas Tani (IAT) daerah ini yang telah membuat permohonan sijil halal telah mengikuti dengan jayanya Kursus Asas Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru ini, peserta telah didedahkan dengan kaedah dan cara yang memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil halal. Dengan ini, peserta lebih mudah untuk mendapatkan sijil halal bagi produk yang dihasilkan. Dengan adanya bimbingan ini juga, peserta lebih cepat memahami dan proses permohonan menjadi senang ditambah pula permohonan kini yang boleh dilakukan secara atas talian. Peserta dibimbing olehPuan Siti Aminah binti Mohd Nor dari syarikat Mutiara Food Consultancy.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *