Kursus senitaman dan simenfero

Kursus senitaman dan simenfero

Kursus senitaman dan simenfero

AYER HITAM, 4 Oktober РSeramai 24 usahawan dan bakal usahawan telah mengikuti dengan jayanya Kursus Senitaman dan Simenfero anjuran Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus selama 2 hari ini dibimbing oleh Puan Hajah Zalipah binti Adman, Penolong Pegawai Pertanian. Peserta berpeluang mempelajari secara teori dan amali mengenai senitaman dan juga lanskap. Peserta didedahkan dengan cara membuat tanah campuran, pembiakan tanaman pokok hiasan seperti keratan, tut dan cantuman. Peserta juga berpeluang untuk mempraktikan dengan menanam pokok hiasan dan kaedah membuat senitaman. Selain daripada mempelajari senitaman, peserta juga diajar menghasilkan produk simenfero sehingga menjadi produk yang lengkap bermula dengan membuat rangka, melepa simen dan mengecat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares