KOTA TINGGI, 4 Disember –  Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Program Galakan Usahawan (PGU) dan Program Pembangunan Pertanian di Dewan Bandaran Petri Jaya, Kota Tinggi. Seramai 14 peserta termasuk 3 komuniti kawasan DUN Panti layak menerima bantuan yang disampaikan oleh YB. Dato’ Haji. Baderi Dasuki, ADUN Kawasan Panti. Dalam ucapan perasmian beliau menyeru kepada semua penerima menghargai bantuan kerajaan ini dengan melaksanakan dan menjayakan program-program yang telah dirancang untuk kebaikan rakyat dan menambahkan pendapatan mereka. Menurut En. Azizul Hafiz Azizan, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, program-program ini dirancang bagi menggalakkan dan mendorong usahawan tani meningkatkan pengeluaran tanaman makanan, menambah pendapatan dan memanfaatkan tanah disekeliling rumah atau komuniti dengan tanaman makanan. Bantuan ini juga menggalakkan penyertaan agropreurmuda menceburi bidang pertanian.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *