Lawatan EXCO Pertanian ke Lotus Fruit Farm

Lawatan EXCO Pertanian ke Lotus Fruit Farm

Lawatan EXCO Pertanian ke Lotus Fruit Farm

TANGKAK, 17 April – Bertempat di Kg Teratai telah diadakan satu lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Ismail bin Mohamed ke projek tanaman Rock Melon secara fertigasi dan sayuran daun secara hidroponik. Turut sama hadir dalam program tersebut Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Encik Mohd Hafizh bin Hussain serta Penolong Pegawai Pertanian Daerah, Encik Mohd Fauzi bin Rashid serta Agen-Agen Pengembangan Kawasan. Program itu bertujuan untuk melihat sendiri projek yang telah diusahakan oleh pengusahanya Eik Chen Boon selaku Pengurus Syarikat Lotus Fruit Farm Sdn. Bhd. Setakat ini telah dibangunkan 6 buah rumah Sistem Pelindung Hujan (SPH). Pengusaha turut mendapat bimbingan dan sokongan dari pihak Jabatan Pertanian Daerah Tangkak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares