PONTIAN, 23 April – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kelulusan Program Galakan Usahawan Bil 1/2017 bagi DUN Kukup dan DUN Pekan Nanas Pontian. Majlis dirasmikan serta disampaikan sendiri oleh YB Tuan Hj. Suhaimi bin Salleh, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kukup. Seramai 6 orang penerima bagi kelulusan Bil 1/2017 dengan nilai kelulusan sebanyak RM40,950.00. Bantuan berupa mesin bagi menggalakkan lagi serta meningkatkan pengeluaran produk adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi membantu para usahawan meningkatkan pengeluaran mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *