BATU PAHAT, 20 Mac – Ladang Pisang seluas 16 ekar milik Encik Rabani bin Othman di Kg. Parit Syukur, Mukim Tg. Semberong telah dilawat oleh Encik Muhammad Hafiz bin Hamim, Agen Pengembangan Tanaman Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut merupakan lawatan dan khidmat nasihah bagi permohonan pensijilan MyGAP oleh pengusahanya. Semoga dengan adanya bantuan berterusan daripada Pejabat Pertanian Daerah akan mempercepatkan lagi permohonan ini.





