JOHOR BAHRU, 3 Jun – Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menyerahkan sumbangan dan kutipan amal yang dijalankan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah BARKAT). Seramai 140 orang anak yatim ditempatkan di sini dan Rumah Barkat ini merupakan badan NGO di mana dana-dana yang diperolehi kebanyakan dari sumbangan perseorangan. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sinar harapan dan keceriaan sempena menyambut lebaran yang akan datang.
