
SKUDAI, 23 November 2026 – Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, telah mengadakan lawatan kerja ke projek tanaman timun Jepun yang diusahakan oleh Usaha Agritech Sdn. Bhd. di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan projek serta melihat secara dekat pelaksanaan aktiviti pengeluaran tanaman timun Jepun yang diusahakan secara komersial.
Projek yang mula dibangunkan pada tahun 2025 ini melibatkan kawasan seluas 4.45 hektar dengan kapasiti penanaman sebanyak 85,000 pokok. Projek ini turut memperoleh pensijilan myGAP sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan amalan pertanian baik dalam pengeluaran hasil tanaman.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian dalam memantau perkembangan projek, menilai keberkesanan pelaksanaan inisiatif pembangunan serta memperkukuh potensi pengeluaran hasil pertanian negara.
Turut hadir ialah Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd, serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Pertanian Negeri.
Lawatan seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan antara Jabatan Pertanian dengan pengusaha pertanian komersial, sekali gus menyokong pembangunan sektor pertanian yang lebih berdaya saing dan mampan.






![]()
