
KOTA ISKANDAR, 23 November 2026 – Jabatan Pertanian telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Jabatan Pertanian (JTPJ) Bilangan 11/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Camelia, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia dan turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pengarah-Pengarah Pertanian Negeri.
Mesyuarat ini bertujuan memantau prestasi peruntukan pembangunan Jabatan Pertanian, di samping membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan pelaksanaan projek. Perbincangan turut memberi penekanan kepada tindakan susulan yang perlu diambil bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pertanian dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pengurusan peruntukan pembangunan. Pemantauan yang sistematik dan tindakan susulan yang berkesan amat penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara optimum demi memperkasakan agenda pembangunan sektor pertanian negara.









![]()
