
PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah mengadakan lawatan khidmat nasihat kepada pengusaha tanaman durian, Encik Poh Chi Siong di Kampung Api-Api sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh khidmat pengembangan pertanian kepada pengusaha tempatan.
Lawatan tersebut melibatkan Haji Razali bin Marsom daripada Bahagian Operasi serta Mohamad Shafiq bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.
Lawatan ini merupakan pendekatan turun padang Jabatan Pertanian bagi mendekati pengusaha secara langsung serta menyediakan khidmat nasihat berkaitan aktiviti tanaman yang diusahakan.
Melalui interaksi secara langsung ini, pihak Jabatan Pertanian berpeluang memahami keperluan pengusaha dan mengenal pasti bentuk sokongan yang bersesuaian bagi membantu perkembangan projek tanaman durian.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian dalam memperkukuh khidmat pengembangan serta menyokong kemajuan sektor pertanian di Daerah Pontian.


![]()
