PONTIAN – Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah mengadakan lawatan khidmat nasihat kepada pengusaha tanaman, Encik Mohd Fairuz bin Hashim di Ayer Baloi, yang mengusahakan tanaman timun dan peria.

Lawatan tersebut melibatkan Haji Razali bin Marsom daripada Bahagian Operasi serta Mohamad Shafiq bin Md Mashuri, Agen Pengembangan Tanaman bagi Mukim Ayer Baloi dan Api-Api.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan pertanian Jabatan Pertanian dalam mendekati pengusaha serta menyediakan khidmat nasihat berkaitan aktiviti tanaman yang diusahakan.

Melalui pendekatan turun padang, pihak Jabatan Pertanian berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengusaha bagi memahami keperluan mereka serta mengenal pasti bentuk sokongan yang bersesuaian untuk membantu perkembangan aktiviti pertanian.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian dalam memperkukuh khidmat pengembangan serta menyokong kemajuan sektor pertanian di Daerah Pontian.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *