Batu Pahat, 17 September 2026 (Khamis) – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah melaksanakan penyerahan Insentif Program Pemerkasaan Agromakanan Negara, Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada usahawantani, Encik Radin Mokhtar bin Radin Mohammad, di Kampung Manong, Ayer Hitam, Batu Pahat.
Usahawantani tersebut merupakan pengusaha yang menjalankan aktiviti pengeluaran produk sejuk beku. Penerimaan insentif ini merupakan salah satu bentuk sokongan kerajaan dalam membantu memperkukuh kapasiti serta meningkatkan keupayaan usahawantani dalam mengembangkan aktiviti perusahaan berasaskan agromakanan.
Program ini turut mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian dalam memberikan sokongan dan galakan kepada usahawantani bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh pengurusan perusahaan serta mengembangkan potensi produk agromakanan tempatan.
Lawatan dan urusan penerimaan insentif tersebut telah diselaraskan oleh:
Puan Harziana binti Md Kharamani
Penolong Pegawai Pertanian G6
Penyelaras IAT Daerah Batu Pahat
Turut terlibat ialah Puan Nur Liya binti Idrus, APIAT Batu Pahat.
Diharapkan bantuan dan sokongan yang disalurkan melalui program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima dalam memperkukuh operasi perusahaan, meningkatkan kualiti produk serta memperluaskan pasaran produk agromakanan tempatan.


![]()
