4 Ogos 2026 (Selasa) – Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan tanaman diteruskan melalui lawatan turun padang ke kebun usahawantani di Kg. Sungai Ayam, melibatkan tanaman kelapa pandan yang diusahakan oleh En. Tan Jun Xian.
Lawatan pemeriksaan ini dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Ayer Hitam, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Pertanian dalam memantau perkembangan tanaman serta memberikan khidmat nasihat dan bimbingan teknikal kepada usahawantani.
Turut terlibat dalam lawatan tersebut ialah Pn. Farahnaz binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pertanian G6, dan En. Muhammad Fakhrul Akmal bin Surif, APT Mukim Minyak Beku.
Melalui pendekatan turun padang, pegawai dapat melihat sendiri keadaan tanaman, menilai perkembangan semasa serta mengenal pasti keperluan pengusaha bagi memastikan pengurusan tanaman dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Tanaman kelapa pandan mempunyai potensi yang baik sebagai salah satu tanaman yang menyumbang kepada pendapatan usahawantani. Oleh itu, aspek penjagaan, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta pengurusan kebun yang baik amat penting bagi memastikan tanaman terus subur dan mampu menghasilkan buah yang berkualiti.
Pemantauan secara berkala dan khidmat nasihat teknikal yang diberikan di lapangan diharap dapat membantu usahawantani meningkatkan kecekapan pengurusan tanaman, produktiviti serta potensi hasil.
Dekat dengan usahawantani, memahami keperluan di lapangan, bersama memperkasa pertanian.



![]()
