𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐃𝐄𝐒𝐀 & 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
.
.
Pada 5 Julai 2026, bertempat di Pantai Tanjung Balau, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup serta Pameran Karnival Belia Desa & Usahawan Agro KEJORA 2026 anjuran bersama pihak berkaitan pembangunan belia dan sektor agro tempatan.
.
.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Miswan bin Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi yang hadir bagi menyempurnakan penutupan rasmi karnival tersebut. Kehadiran beliau telah menyerikan lagi majlis dan memberi sokongan kepada pembangunan usahawan serta sektor pertanian daerah.
.
.
Antara pengisian utama pameran ialah penyertaan daripada Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, yang telah menampilkan:
•Pameran jentera pertanian moden
•Teknologi robotik pertanian
•Demonstrasi penggunaan dron penyemburan tanaman
.
.
Pameran ini memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai perkembangan teknologi dalam sektor pertanian moden yang semakin berkembang pesat.
Selain itu, turut diadakan aktiviti interaktif seperti permainan “Baling Dadu Padu”, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. Antara hadiah menarik yang disediakan termasuk:
•Baja organik
•Baja subur
•Baja buah
•Kit pertanian
•Tanah hitam
•Benih kelapa
.
.
Program ini turut mendapat sokongan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, selaku penganjur bersama dalam usaha memperkasa pembangunan belia dan usahawan agro di kawasan Johor Tenggara.
Secara keseluruhannya, karnival ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk minat belia terhadap sektor pertanian moden, di samping menggalakkan inovasi dan penglibatan komuniti dalam bidang agro.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan


































