𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Telah berlangsung Lawatan Penjurian Pertandingan Kumpulan Agro Tanaman Terbaik MAHA 2026 melibatkan peserta-peserta dari negeri Johor bagi menilai pencapaian, amalan terbaik serta pengurusan projek agro tanaman yang dipertandingkan.
Peserta yang terlibat adalah seperti berikut:
• Lee Chan Meng – Hiwood Realty Sdn. Bhd.
• Lee Sai Guan – Jotani Hijau Sdn. Bhd.
• Marlia binti Hashim
Sesi penjurian telah dilaksanakan oleh panel juri yang terdiri daripada:
• Puan Nurul Izzati binti Mohamed Yusuf (BSM, KPKM)
• En. Mohd Faiz bin Musa (MARDI)
• En. Muhammad Asyraf bin Ibrahim (LPP)
Urusetia:
• En. Hayusri Faizal bin Idris
Turut hadir mengiringi lawatan ialah wakil daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor:
• Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Johor
• En. Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi
• Pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Jabatan Pertanian Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel juri, peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi penjurian ini.
Semoga segala usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Johor di pentas Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2026.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya.












































