๐๐จ๐๐๐ – ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐ก๐๐ง ๐ ๐จ๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ค ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐๐ข (๐๐๐ญ๐ฎ๐ซ๐๐ฅ ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐จ๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง) ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข
Kulai, Johor โ Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menganjurkan Program Pendedahan Formulasi Racun Perosak Semula Jadi (Natural Pesticide Formulation) dan Cara Penggunaannya kepada komuniti KRT Taman Sri Pulai bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan pertanian yang lebih selamat, mesra alam dan mampan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep penggunaan racun perosak berasaskan bahan semula jadi sebagai alternatif kepada racun kimia. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan pengurusan perosak secara bersepadu (IPM) dalam mengurangkan serangan perosak di kebun atau tanaman di kawasan rumah.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah diberi penerangan mengenai jenis-jenis bahan semula jadi yang boleh digunakan dalam formulasi racun perosak, fungsi setiap bahan serta teknik penyediaan formulasi yang betul. Selain itu, demonstrasi penyediaan dan kaedah aplikasi turut dijalankan bagi memastikan peserta memahami kadar bancuhan, masa semburan yang sesuai serta langkah keselamatan ketika penggunaan.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti KRT Taman Sri Pulai. Sesi soal jawab yang diadakan turut memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan masalah perosak yang sering dihadapi dalam tanaman sayuran, buah-buahan dan tanaman hiasan di kediaman masing-masing.
Melalui program ini, diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam aktiviti berkebun di rumah sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia, meningkatkan keselamatan pengguna serta memelihara kelestarian alam sekitar. Pejabat Pertanian Daerah Kulai akan terus komited menganjurkan program-program pemindahan teknologi bagi memperkasakan komuniti dengan amalan pertanian yang lebih moden, selamat dan mampan.
โPertanian Lestari, Komuniti Sejahtera.
.
.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




















