Batam, Indonesia | 25 Jun 2026

𝐒𝐎𝐒𝐄𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐍𝐃𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗔 𝗛𝗔𝗟𝗔

Persidangan Ke-22 KK/JKK Sosio-Ekonomi Malaysia Indonesia (SOSEK MALINDO) Peringkat Negeri/Provinsi Johor-Melaka-KEPRI-Riau telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Wyndham Panbil, Kota Batam, Kepulauan Riau pada 22-25 Jun 2026.

𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 turut menyertai persidangan pada kali ini yang diwakili oleh YBrs En. Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi) dan En. Saifulizan Bin Mustaffar (Pegawai Perhubungan Jabatan) bagi membincangkan isu-isu berkaitan 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶, 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗸𝗵𝘂𝘀𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻).

Semoga persidangan ini dapat mencoret lembaran baharu dalam kerjasama 2 negara membabitkan 4 Negeri/Provinsi yang telah terjalin semenjak tahun 1985 lagi serta dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak di masa hadapan.

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *