𝟐𝟒 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐓𝐄𝐂𝐊 𝐒𝐄𝐎𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓

Segamat, Johor – Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd, telah mengadakan lawatan kerja ke Teck Seong Food Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Lot 1538, Jalan Loti Air, Kampung Tengah, 85600 Segamat, Johor.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan industri pemprosesan makanan tempatan yang berjaya menghasilkan pelbagai produk berasaskan makanan ringan dan tradisional. Antara produk keluaran syarikat ialah Kacang Keping, Kuih Potong, Biskut Rempah, Mopre Choc Corkies, Biskut Keladi dan Biskut Kuih Bangkit.

Kesemua produk keluaran syarikat ini telah memperoleh pensijilan Halal, MeSTI dan HACCP, sekali gus mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian keselamatan makanan dan jaminan kualiti yang tinggi.

Turut menyertai lawatan ini ialah En. Zamri bin Aya, Pegawai Pertanian Daerah Segamat, bersama En. Mohd Haziq bin Roslan dan Pn. Siti Nur Amalina binti Senan, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Segamat.

Rombongan telah dipimpin dan disantuni oleh wakil syarikat, En. Jason, yang turut berkongsi mengenai operasi syarikat serta usaha berterusan dalam memperluaskan pasaran produk makanan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan strategik antara Jabatan Pertanian Negeri Johor dan pemain industri pemprosesan makanan dalam memperkasa sektor agromakanan serta meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran.

#JabatanPertanianNegeriJohor

#PertanianJohor

#Segamat

#TeckSeongFoodIndustries

#IndustriPemprosesanMakanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *