PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
PEMERIKSAAN AUDIT LUAR PERMOHONAN BAHARU PENSIJILAN myGAP TAHUN 2026
Tarikh: 18 Jun 2026
Lokasi: Mukim Lenga
Pengusaha : Tan Bein Peng
Tanaman: Durian
Audit telah dijalankan oleh Puan Nor Azah Binti Mislan dan En. Nor Mohd Fuad Bin Satibi bagi menilai tahap pematuhan pengusaha terhadap syarat, kriteria dan standard yang ditetapkan di bawah Skim Pensijilan myGAP.
Turut hadir dalam sesi audit ini ialah En. Amirul Izzat Bin Sanit, Desk Officer Pengembangan Muar, serta En. Muhamad Kamarudin bin Suradi, Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Lenga yang bertanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pengembangan di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian bagi memastikan amalan pertanian yang diamalkan memenuhi keperluan pensijilan myGAP, khususnya dalam aspek pengurusan ladang, kebolehkesanan, penggunaan input pertanian, pengendalian hasil, keselamatan makanan, kebajikan pekerja serta pemeliharaan alam sekitar.
Adalah diharapkan agar proses audit ini dapat memperkukuh pengamalan Amalan Pertanian Baik (APB) dalam kalangan pengusaha, seterusnya menyokong pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat dimakan dan memenuhi kehendak pasaran, selaras dengan objektif pensijilan myGAP dalam memperkasakan sektor pertanian negara yang mampan dan berdaya saing.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
myGAP myOrganic Sektor Tanaman




