PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
π³π¨ππππ ππ¨π³ππ¨π ππ¬π π©π¬πππ¨π³π¨ ππ¨π±ππ¨π ππ¬π³πΈπ¬ππ¨ ππ¨π³π©πππ¨π πππ¨ππ ππ¨πππ ππ¨ππ π±π¬πΈπππ¬ππ¨π¨π ππ¨ππ³π ππππ ππ¨ππ π³π¨ππ¨ π³ππππ¨ πππππ¨π πππππ ππ¨πππ ππππ π©π¨ππ ππ¨π¬ππ¨π π³ππ¨π, ππ¬ππ¨π³π¨π ππ¨π ππ¨πππ±π¨π±
20 Jun 2026 (Sabtu) – Majlis ini telah diserikan dengan keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, serta disambut meriah oleh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Haji Abdul Rahim bin Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor serta YB Datoβ Mohammed Ridha bin Datoβ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor dengan kehadiran lebih 2,500 rakyat berbilang kaum di Dataran Tanjung Emas, Muar.
Pelbagai persembahan kebudayaan dari tiga daerah di samping persembahan artis iaitu Black Hanifah dan Syura Badron. Pejabat Pertanian Daerah Muar juga turut serta menghidangkan buah-buahan untuk pengunjung. Pelbagai hidangan tradisi lain juga disediakan seperti nasi beriani, mi bandung, kambing golek, sate, cendol dan macam-macam lagi kepada para pengunjung.
Turut hadir Ahli-Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua komuniti dan rakyat daerah Muar, Segamat dan Tangkak.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dari daerah Muar, Segamat dan Tangkak terutama kepada Warga Kerja Pejabat Pertanian Daerah Muar.
π³π¬ππππππππ π±π¨πππ πππ¨ππ±π
ππππππ ππππππ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
#bandarmaharanibersihlestaridanberdayahuni
















