PROGRAM PENYERAHAN JENTERA KEPADA PENERIMA INSENTIF MEKANISASI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
18 JUN 2026 | KHAMIS
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penyerahan Jentera kepada penerima Insentif Mekanisasi Jabatan Pertanian Negeri Johor yang melibatkan seramai 23 orang penerima dari seluruh daerah di Negeri Johor.
Program ini telah diadakan di Bahagian Kejuruteraan Pertanian Negeri Johor, Kompleks Pertanian Air Hitam, Johor. Turut diadakan sesi taklimat berkaitan pengendalian dan penyelenggaraan jentera yang telah disampaikan oleh En. Mohd Nurafiz bin Hussein daripada Agen Kubota Kluang.
Sebanyak 23 unit jentera Kubota telah diserahkan, melibatkan:
Kubota 23HP – 19 unit
Kubota 60HP – 2 unit
Kubota 90HP – 1 unit
Agihan penerima mengikut daerah adalah seperti berikut:
Kluang – 3 unit
Batu Pahat – 3 unit
Johor Bahru – 1 unit
Kota Tinggi – 3 unit
Muar – 5 unit
Segamat – 3 unit
Tangkak – 1 unit
Mersing – 1 unit
Pontian – 2 unit
Kulai – 1 unit
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pn. Azlina binti Ahmad Tarmizi, Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
“Jabatan Pertanian Negeri Johor komited dalam memperkukuh penggunaan teknologi dan mekanisasi pertanian bagi meningkatkan produktiviti serta memperkasakan golongan petani ke arah pertanian moden, mampan dan berdaya saing.” – Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor.
Semoga bantuan mekanisasi ini dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi serta memperkasakan sektor pertanian ke arah yang lebih moden, cekap dan berdaya saing demi menjamin keterjaminan makanan negara.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan


















































