PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

18hb Jun 2026 ( Khamis )

🚜 MAJLIS PENYERAHAN JENTERA KEPADA PENERIMA INSENTIF MEKANISASI JABATAN PERTANIAN

👍 Tahniah kepada para penerima Insentif Mekanisasi Jabatan Pertanian yang telah menerima Traktor Mini 4 Roda bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi pertanian.

Antara penerima yang menerima insentif pada majlis ini ialah usahawan tani dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru iaitu Encik Goh Bok Seong, usahawan tani yang mengusahakan tanaman kontan, tanaman herba dan tanaman sayuran buah berkeluasan 45.68ha di Kampung Simpang Arang,Gelang Patah.

Turut hadir pada majlis tersebut, wakil pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Khairi Bin Md Jas, Ketua Bahagian Pembangunan dan Operasi.

Semoga bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh aktiviti pertanian serta meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di Negeri Johor.

“Pertanian Maju, Petani Sejahtera” 🌱

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *