PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

17hb Jun 2026 ( Rabu )

Salam Maal Hijrah 1448H

🌱 BILAS 3 KALI: LANGKAH KECIL, KESAN BESAR UNTUK ALAM SEKITAR! 🌱

ANDA PETANI BIJAK❓❓

Tahukah anda? Bekas racun pertanian yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mencemarkan tanah, sungai dan membahayakan kesihatan manusia serta haiwan‼️

✅ Sebelum melupuskan bekas racun, amalkan kaedah Triple Rinse (Bilas 3 Kali):

1️⃣ Pakai PPE yang sesuai.

2️⃣ Kosongkan baki racun sepenuhnya.

3️⃣ Isi air bersih sehingga ¼ bekas.

4️⃣ Tutup dan goncang selama 30 saat.

5️⃣ Tuang air bilasan ke dalam tangki semburan.

6️⃣ Ulang proses sehingga 3 kali.

7️⃣ Tebuk atau rosakkan bekas supaya tidak digunakan semula.

💡 Mengapa perlu bilas 3 kali❓❓

✔️ Mencegah salah guna bekas racun.

✔️ Melindungi keluarga dan komuniti daripada risiko

keracunan.

✔️ Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

✔️ Memastikan pengurusan sisa yang lebih selamat

dan bertanggungjawab.

⚠️ Ingat❗️ Jangan sesekali membuang bekas racun ke sungai, parit, longkang, kawasan terbuka atau tapak pembakaran terbuka.

🌍 Bersama-sama kita amalkan pengurusan bekas racun yang betul demi pertanian mampan, alam sekitar yang bersih dan masa depan yang lebih selamat.

✅ Disertakan sekali sebagai panduan Pusat Kitar Semula Bekas Racun yang boleh dihantar di kawasan sekita Johor :

📍 AGR SMART (M) SDN BHD / PESTICIDE RESEARCH LABORATORY SDN BHD / GREEN ECOSCIENCES SDN BHD

📌 Alamat:

57, Jalan Suasa, Taman Industri Kulai, 81000 Kulai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

☎️ No. Telefon:

07-662 1660 (atau +60 7-662 1660)

✉️ Laman Web Rasmi:

AGR Smart⁠

🕗 Waktu Operasi:

Isnin–Jumaat: 8.00 pagi – 6.00 petang

Sabtu & Ahad: Tutup.

#Bilas3Kali#TripleRinse#PertanianLestari#JabatanPertanianMalaysia#SayangiAlamSekitar#PertanianSelamat#KitarSemula#CegahPencemaran🌿♻️

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *