PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU
17hb Jun 2026 ( Rabu )
Salam Maal Hijrah 1448H
BILAS 3 KALI: LANGKAH KECIL, KESAN BESAR UNTUK ALAM SEKITAR! ![]()
ANDA PETANI BIJAK![]()
![]()
Tahukah anda? Bekas racun pertanian yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mencemarkan tanah, sungai dan membahayakan kesihatan manusia serta haiwan![]()
Sebelum melupuskan bekas racun, amalkan kaedah Triple Rinse (Bilas 3 Kali):
Pakai PPE yang sesuai.
Kosongkan baki racun sepenuhnya.
Isi air bersih sehingga ΒΌ bekas.
Tutup dan goncang selama 30 saat.
Tuang air bilasan ke dalam tangki semburan.
Ulang proses sehingga 3 kali.
Tebuk atau rosakkan bekas supaya tidak digunakan semula.
Mengapa perlu bilas 3 kali![]()
![]()
Mencegah salah guna bekas racun.
Melindungi keluarga dan komuniti daripada risiko
keracunan.
Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Memastikan pengurusan sisa yang lebih selamat
dan bertanggungjawab.
Ingat
Jangan sesekali membuang bekas racun ke sungai, parit, longkang, kawasan terbuka atau tapak pembakaran terbuka.
Bersama-sama kita amalkan pengurusan bekas racun yang betul demi pertanian mampan, alam sekitar yang bersih dan masa depan yang lebih selamat.
Disertakan sekali sebagai panduan Pusat Kitar Semula Bekas Racun yang boleh dihantar di kawasan sekita Johor :
AGR SMART (M) SDN BHD / PESTICIDE RESEARCH LABORATORY SDN BHD / GREEN ECOSCIENCES SDN BHD
Alamat:
57, Jalan Suasa, Taman Industri Kulai, 81000 Kulai, Johor Darul Taβzim, Malaysia.
No. Telefon:
07-662 1660 (atau +60 7-662 1660)
Laman Web Rasmi:
AGR Smartβ οΏΌ
Waktu Operasi:
IsninβJumaat: 8.00 pagi β 6.00 petang
Sabtu & Ahad: Tutup.
#Bilas3Kali#TripleRinse#PertanianLestari#JabatanPertanianMalaysia#SayangiAlamSekitar#PertanianSelamat#KitarSemula#CegahPencemaran![]()
![]()
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
