PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU..

KURSUS PENSIJILAN KOTEJ HALAL

TARIKH : 16 JUN 2026 ( SELASA )

MASA : 9.00 Pagi – 5.00 Petang

TEMPAT : BILIK LATIHAN, PEJABAT

PERTANIAN DAERAH JOHOR

BAHRU.

✅ Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pensijilan Kotej Halal anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dengan jayanya. Seramai 20 orang peserta telah berjaya mengikuti kursus tersebut yang terdiri dari usahawan pengendalian makanan Daerah Johor Bahru.

👉🏼 Objektif Kursus yang dijalankan

🔴 Membimbing usahawan perniagaan dari rumah (home-based) untuk memahami prosedur permohonan, mematuhi standard pematuhan syariah, dan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk mereka.

🔴 Memberikan panduan langkah demi langkah mengenai tatacara permohonan dan keperluan asas untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia bagi perusahaan kotej.

🔴 Mendedahkan usahawan kepada piawaian penyediaan, kebersihan, dan keselamatan makanan yang ditetapkan bagi menjamin kesucian produk.

🔴 Memupuk kefahaman mendalam mengenai kepentingan sumber yang bersih, halal, dan toyyib dalam penghasilan produk.

Tenaga pengajar :

👨🏻‍💼 Encik Rozman Hairul Bin Abd Azib, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Turut hadir bersama :

🧕🏼 Puan Nur Aizat Binti Abdul Razak

Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru

👨🏻‍💼 Encik Mohd Khairi Bin Mad Jas

Ketua Bahagian Operasi dan Pengembangan, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru .

🧕🏼 Puan Nur Sakinah Binti Abdul Rahman

Bahagian Pengembangan, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.

Tahniah dan syabas kepada yang menghadiri kursus ini. Diharap ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan di dalam bidang yang di jalankan..

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *