Pejabat Pertanian Daerah Mersing
KENYATAAN SEBUTHARGA PEJABAT PERTANIAN DAERAH MERSING
Pejabat Pertanian Daerah Mersing mempelawa kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan PKK dan CIDB serta masih dibenarkan membuat tawaran untuk menyertai sebutharga berikut:
PPMG ( N ) 08/2026
Kerja-Kerja Pembinaan Tangki Simpanan Air, Pemasangan Pam Air, Sistem Solar dan Kerja Berkaitan bagi Telaga Tiub Sedia Ada di Sawah Air Papan, Mersing, Johor.
Kelayakan Kontraktor
CIDB Gred G1
Kategori E & CE
Pengkhususan E11 & CE21
Tarikh Taklimat & Lawatan Tapak (WAJIB)
16 Jun 2026 (Selasa)
10.00 pagi
Berkumpul di Balai Agro Air Papan
Jualan Dokumen Sebutharga
Mulai 16 Jun 2026, 2.00 petang di kaunter Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Harga Dokumen
RM30.00 (atas nama Pengarah Pertanian Negeri Johor)
Tarikh Tutup Sebutharga
25 Jun 2026 (Khamis)
Sebelum jam 12.00 tengah hari
Tempat Penghantaran Dokumen
Pejabat Pertanian Daerah Mersing
No.16-0, 16-1, 16-2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Kehadiran ke sesi taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Hanya penama yang tersenarai dalam sijil PKK, CIDB dan SSM dibenarkan hadir.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah Mersing.

