Pejabat Pertanian Daerah Mersing
LAWATAN TINJAUAN PERTANIAN DAN KEUSAHAWANAN DI DAERAH MERSING BAGI GROUP AGRO KARIAH AL-UBUDIAH SHAH ALAM ![]()
Tarikh: 10 & 11 Jun 2026
Pejabat Pertanian Daerah Mersing telah menerima kunjungan daripada Group Agro Kariah Al-Ubudiah Shah Alam bagi program lawatan sambil belajar ke beberapa projek pertanian, perusahaan makanan dan projek komuniti di sekitar daerah Mersing.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan pertanian, pemprosesan hasil, keusahawanan serta penglibatan komuniti dalam menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Hari Pertama (10 Jun 2026)
Rempah Soto Segera, Gayah Enterprise
Kampung Teluk Lipat, Endau
Peserta berpeluang melihat tempat pemprosesan penghasilan rempah soto segera serta mendengar perkongsian pengalaman usahawan dalam membangunkan produk makanan tempatan.
Ladang Kelapa En. Mohd Ali bin Ab Latif
Sungai Mengkuang
Lawatan diteruskan ke ladang kelapa bagi melihat pengurusan tanaman serta potensi industri kelapa sebagai sumber pendapatan kepada pengusaha tempatan.
Hari Kedua (11 Jun 2026)
Tanaman Kelapa Pandan dan Penghasilan Air Nira En. Manap bin Jusof
Jalan Tanjung Kempit, Kampung Semanyir, Endau
Peserta didedahkan kepada kaedah penanaman kelapa pandan serta proses penghasilan air nira yang mempunyai nilai tambah dan potensi pasaran yang baik.
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kawanku Bandar Mersing
Taman Seri Nakhoda, Mersing
Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke projek komuniti yang melibatkan warga emas dalam aktiviti pertanian dan penghasilan produk, sekali gus membuktikan bahawa pertanian mampu menjadi medium pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan perkongsian ilmu, pengalaman dan jaringan kerjasama antara peserta serta pengusaha tempatan.
















Dari Shah Alam ke bumi Mersing,
Menimba ilmu sambil berkenalan,
Semoga lawatan membawa manfaat yang penting,
Menjadi kenangan serta panduan berkekalan.

































