PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK
KURSUS PENSIJILAN HOMEBASED DAERAH TANGKAK
11.06.2026
Alhamdulillah, Kursus Pensijilan Homebased Daerah Tangkak telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada usahawan industri makanan daerah ini.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan penerangan berkaitan keperluan serta prosedur pensijilan Homebased bagi memastikan pengeluaran makanan yang selamat, bersih dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Penceramah:
Mohamad Qhairul Salleh bin Mohamad Yusof
Pegawai Teknologi Makanan
Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak
Semoga kursus ini dapat membantu usahawan Homebased meningkatkan kualiti produk serta membuka peluang untuk mendapatkan pensijilan yang diiktiraf
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











