𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI
Tarikh : 10 & 11.06.2026 ( Rabu & Khamis)
Tajuk Kursus : Kursus ‘No Bake Cake’
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Bilik Syarahan & Makmal IAT 1
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 26 orang
Perasmi : En. Samat Bin Md Yusof ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga pengajar : Puan Nazirah binti Mohd Nor (Ketua Seksyen Industri Asas Tani)
Hari Pertama
Kursus No Bake Cake telah berlangsung selama dua hari. Pada hari pertama melibatkan sesi teori dan amali bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik penyediaan kek tanpa bakar yang semakin mendapat permintaan dalam industri makanan.
Bagi sesi amali hari pertama, peserta berpeluang menghasilkan dua jenis kek iaitu:
Kek Batik Indulgence
Kek Keju Bunga Telang
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menjana pendapatan serta mengembangkan usaha dalam bidang pemprosesan makanan.
#kementerianketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor

































































