PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

.

.

.

21 MEI 2026….

.

.

KURSUS APLIKASI PENGGUNAAN KAPUR CECAIR MENGGUNAKAN DRON PADA TANAMAN PADI telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 25 orang peserta.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penggunaan kapur cecair dan aplikasi teknologi dron dalam pengurusan tanaman padi ke arah peningkatan produktiviti serta amalan pertanian moden.

Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan seperti berikut:

1. En. Lai Mei Sheng

Tajuk: Perlu Ke Berhabis Duit Untuk Kalsium Padi? Lepas Kira-Kira Anda Akan Bersyukur Buat Keputusan Lebih Awal

2. Tn. Hj. Helmi Iskandar Bin Mohamad

Tajuk: Solusi Tanaman Padi

3. En. Ziqrul Haqeem Shahran

Tajuk: Aplikasi Penggunaan Kapur Cecair Menggunakan Dron Pada Tanaman Padi

Turut hadir ke program ini ialah :

Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tangkak,

Puan Suraya bte Ghani,

Puan Siti Nor Ain bte Mohd Saat,

Puan Faizah bt Daud

En. Muhammad Asyraf bin Ja’is.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

Diharapkan ilmu dan teknologi yang diperkenalkan dapat dimanfaatkan oleh peserta bagi meningkatkan hasil dan produktiviti tanaman padi. 🌾

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

MEDIA DIGITAL JOHOR

Onn Hafiz Ghazi

Mohamad Sabu

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *