Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

20 Mei 2026 (Rabu)

Program Lawatan Kerja Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri Mohd ke dusun milik Tuan Haji Abu Bakar bin A. Rashid yang terletak di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram. Turut hadir bersama Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru, Puan Nur Aizat binti Abdul Razak dan Encik Mohamed Hairie Bin Asri, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman. Tujuan lawatan ini diadakan bagi meninjau pembangunan serta pengurusan tanaman buah-buahan di kawasan tersebut.

Dusun berkenaan mempunyai keluasan keseluruhan sekitar 1.62 hektar yang melibatkan lot tanaman seluas 0.37 ha, 0.42 ha dan 0.83 ha. Antara tanaman utama yang diusahakan ialah durian varieti D197 (Musang King) sebanyak 80 pokok dan D200 (Black Thorn) sebanyak 40 pokok. Selain itu, pengusaha turut mengusahakan tanaman kelapa pandan sebanyak 40 pokok serta beberapa jenis tanaman buah-buahan lain sebagai diversifikasi sumber pendapatan ladang.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak jabatan untuk melihat perkembangan projek, amalan pengurusan tanaman serta potensi pengembangan industri durian premium di kawasan Ulu Tiram.

Jabatan Pertanian Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *